Thursday, February 2, 2012

renungan2

6 PERKARA YANG ALLAH SEMBUNYIKAN

Setelah Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?." Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak" Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga.

Maka demi kemuliaann Ku dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu." Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?" Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...

" Kemudian Jibrail as meminta i zin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izi n dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: "Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

1. Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat. *
2. Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat. *
3. Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran. *
4 Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan. *
5. Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu). *
6. Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat didalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam.

Kalau rajin... Tolong klik "SHARE" kesah ini kepada semua saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi pelajaran utk kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang menjadi "BEKALAN" bagi orang yang mengajar/menyampaikannya meskipun dia sudah meninggal dunia

Monday, January 30, 2012

jiwa kacaw..

hye, annyeonghaseyo... keuriwoyo... ak xtaw nk ckp ap xtually... mind ak x settle ag lol.. ak stress la dgn kije skul yg xsmpat siap, ngan exam lg, ngan masalah ksihatan lg...
kdg2 ak rase mcm nk nangis ko taw.. ak xnk r citer ngan omma ak, ak ingt nk settle sndiri, law ak gtaw omma, ak dh taw ap jwpn yg ak dpt... hmm... cam ne ak nk buat.. law ak korban mase tdow utk study, kompem nye tidow lam klas, law x korban, kije xsiap... aish, mane stu ney... tlong la aku... ak lak, law xckup tdow, migrain n gastrik akn bermaharaja lela... cam ne nk buat... somebody please help me... Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku...  ak nk jd cmerlang.. ak study ney niat ak, ibadat pada Allah dan juga utk mak ngan ayah ak... ak nk wat cam ne, dorang dh bagi sgla kmudahan pd ak, tp ak ttp xdpt beri dorang kjyaan, ak tahu dorang juz nk satu kjyaan, bukn apa2.. Ya Allah, bantulah hambamu yang buntu ini....

Mahar- Syariah 1 STPM

hikmat mahar:
-sebagai penghargaan seorang suami kepada isterinya.
-bagi menyatakan kedudukan akad yng tinggi dan juga memuliakan seorang wanita
-sebagai keazaman utk membina kehidupan berkeluarga yang mulia bersama-sama suami isteri
-membuktikan niat bakal suami untuk mengauli isterinya secara maaruf(baik)
-persediaan isteri untuk menyerahkan dirinya untuk memulakan kehidupan baru bersama suami

renungan...

Renung-renungkan wahai GADIS..

Wahai GADIS, apabila KAMU BERKAWAN dengan INSAN bergelar LELAKI, Ingatlah! Ada dua pilihan yang terbentang,iaitu:

Pertama -> Kamu menjadi seperti kelapa. Mudah diperoleh, diparut, diperah, diambil santannya. Selepas itu? Hampasnya di buang.

Kedua -> Kamu menjadi seperti mutiara. Berada di dasar lautan. Tersimpan rapi. Dilindungi kulit. Bukan senang dilihat, apatah lagi mendapatkannya. Hanya orang terpilih yang bertuah dapat memilikinya